MENU

Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 2 Bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

Majlis Daerah Kampar telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) bagi Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar Fasa 2 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) pada 04 Julai 2016 jam 02.30 petang. Tetamu kehormat yang turut bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB. Dato’ Hajah Rusnah Binti Kassim bersama Tuan Yang Dipertua MDKpr, En. Khairul Amir bin Mohamad Zubir, AMP bersama Ahli Majlis. Daripada 8 orang peserta yang berdaftar dalam e-Kasih bagi bantuan baik pulih rumah yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebanyak 2 buah rumah yang telah berkesempatan untuk dilawati seperti berikut :

  1. Pn. Nazihah binti Ahmad

           No. 197, Kampung Tersusun Wah Loong Baru,31900 Kampar.

  1. Pn. Halipah binti Ahmad

            No. 238, Taman Sentosa 3, 31900 Kampar.

Dengan penerimaan bantuan ini, ianya diharapkan dapat mengurangkan bebanan kepada KIR tersebut.