MENU

Sesi lawatan Turun Padang (TURPA) bersama YB Sandrea Ng, ADUN Teja & Tuan Abdul Halim Bin Saad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar (MKDpr) bersama-sama wakil jabatan MDKpr dan wakil penduduk setempat telah dijalankan pada 30hb Mac 2021 di Taman Seri Indah.

Tujuan TURPA ini dijalankan adalah untuk melihat kawasan semak samun yang telah dikemukakan aduan oleh penduduk setempat & pembinaan struktur haram di atas tanah lapang yang diwartakan.

Aktiviti pembersihan semak samun dan pencantasan dahan pokok  menghala ke laluan jalan raya telah dibersihkan oleh Unit Landskap, MDKpr pada 26hb Mac 2021 yang lalu.

Pihak MDKpr memohon kerjasama penduduk setempat agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan berhubung pembinaan struktur haram dalam kawasan yang diwartakan sebagai tanah lapang. Notis kesalahan boleh dikenakan kepada sesiapa yang membina apa-apa binaan atau struktur di atas tanah lapang yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri.

TURPA