MENU

Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) 2020 telah diadakan pada 10 November 2020 (Selasa) jam 3.00 petang secara siaran langsung di aplikasi Facebook yang telah dirasmikan oleh Yb Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sempena Sambutan HPBS 2020 telah diumumkan pemenang bagi Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) 2020 yang melibatkan kategori Pihak Berkuasa Tempatan Daerah (Laluan Pejalan Kaki dan basikal) dan Majlis Daerah Kampar telah terpilih sebagai pemenang.

Di samping itu, bagi kategori Kebun Kejiranan Kampung dalam Bandar, Komuniti Surau Kampung Tersusun Batu Putih, Kampar telah memenangi tempat pertama manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Wong Chee Weng dari Desa Lawan Kuda, Gopeng dalam anugerah ini mewakili Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kampar

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) 2020

Untuk Gambar Klik SINI