MENU

LAWATAN TAPAK BERKENAAN PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU 2017.

Lawatan tapak Program penghargaan Pelaksanaan Pembangunan Kejiranan Hijau ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah diadakan pada 6 September 2017. Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau adalah merupakan satu program di bawah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHP) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Lawatan tersebut diadakan lanjutan daripada penyertaan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau 2017 yang telah dikemukakan oleh pihak MDkpr pada 2 Ogos 2017 yang meliputi 3 kategori iaitu Inisiatif Program Pengkomposan Sisa, Sistem Pengurusan Air Hujan (SPAH) dan Kebun Kejiranan. Dengan sukacitanya MDKpr telah terpilih dan disenarai pendek bagi ketiga-tiga kategori penyertaan tersebut.

Lawatan berkenaan diadakan bertujuan mendapatkan taklimat lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut serta membuat tinjauan ke tapak berkenaan bagi mendapatkan status pelaksanaan semasa.

Lawatan telah dihadiri oleh 7 orang ahli panel seperti berikut:

SPAH :
1. TN. HJ. IDRIS B. MOHAMAD
2. EN. QUA JEN MIN

PENGKOMPOSAN:
1. CIK AIN FATIHA BT AIDIL FITRI
2. EN. HAMDAN B SAPRI

KEBUN KEJIRANAN:
1. EN. MOHAMMAD SABRIE BIN MANSOR
2. PN. HASMAWATI BT MAHMOOD
3. CIK SITI SARAH HANIM BT. BASRI

Lawatan dimulakan dengan meninjau komponen SPAH dan Kebun Kejiranan Kompleks Pentadbiran MDKpr di mana ianya telah dibangunkan secara bersepadu bersebalahan bangunan utama pejabat pentadbiran. Selanjutnya lawatan telah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut kategori iaitu;

i. Kumpulan Pengkomposan Sisa Pepejal 
Lawatan ke Kg Baru Jeram untuk meninjau aktiviti pengkomposan sisa di rumah penduduk dan lawatan ke Pusat Kompos di Sungai Siput (S) yang merupakan pusat Kompos MDKpr.

ii. Kumpulan Pengurusan Air Hujan (SPAH)
Lawatan ke SPAH di Villa Tasik Barat, SPAH Townhouse di Bandar Barat dan SPAH di Sekolah Antarabangsa Westlake.

iii. Kumpulan Kebun Kejirananan
Lawatan ke Kebun Kejiranan Kg Baru Jeram dan RPT Batu Putih.

Lawatan telah berjalan dengan lancar dan sesi lawatan diakhiri di Rumah Rehat Kampar pada pukul 1.30 tengahari.

Majlis Daerah Kampar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan tersebut.