MENU

Bertujuan menghargai pengorbanan dan jasa anggota yang bertugas di lapangan sebagai barisan hadapan di Daerah Kampar. Majlis Daerah Kampar melalui penglibatan yang diuruskan oleh Unit Perhubungan Korporat dan Hal Ehwal Komuniti bersama Kelab Sukan MDKpr, Badan Kebajikan MDKpr dan Koperasi Anggota-Anggota Majlis Daerah Kinta Selatan telah mengadakan Program Bantuan Prihatin Barisan Hadapan peringkat Majlis Daerah Kampar pada 06 Mei 2020.

 

Acara program bermula pada jam 9.00 pagi dimulai dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Tuan Yang Dipertua sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Majlis Daerah Kampar yang baharu. Sebagai simbolik, satu penyerahan kelengkapan Personal Protection Equipment (PPE) telah disampaikan kepada beliau dan seterusnya menandatangani Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang baru. Penyampaian sumbangan bantuan kepada 22 orang anggota MDKpr turut juga diadakan dalam program tersebut.

 

Seterusnya, Program Penyampaian Bantuan Prihatin Barisan Hadapan peringkat Majlis Daerah Kampar telah bermula ke semua Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar Daerah Kampar iaitu :

  • SJR 2 : Di hadapan Balai Bomba ;
  • SJR 4 : Di hadapan Tol Gopeng ; dan
  • SJR 5 : Di hadapan RTC Gopeng

 

Selain itu, Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada 113 anggota barisan hadapan MDKpr di Pejabat Penguatkuasa Pasar Awam Kampar, Pejabat Cawangan Kampar dan Gopeng. Program ini amat bermakna kepada MDKpr kerana penglibatan bersama Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri bin Hashim di lapangan bersama Tuan Yang Dipertua, Tuan Abdul Halim bin Saad, AMP, Puan Setiausaha, Puan Siti Azura binti Haji Juki, AMP dan beberapa orang pegawai MDKpr.

 

Majlis juga berkesempatan membuat lawatan penghargaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar bagi menutup program pada hari tersebut. Semoga program sebegini akan dapat diteruskan dan komitmen bersama agensi yang terlibat amatlah dihargai.

klik untuk lihat gambar