MENU

PEMAKLUMAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN
PREMIS PERNIAGAAN

 

Berdasarkan keputusan dan arahan Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Negeri Perak yang bersidang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak pada 6 Mei 2020 yang lalu menetapkan perkara berikut berdasarkan ucapan rasmi YAB Menteri Besar yang menyatakan:-

“Prihatin dengan kesulitan yang dialami oleh semua usahawan, Kerajaan Negeri memutuskan bahawa tarikh akhir bayaran cukai taksiran premis perniagaan bagi setengah tahun kedua tahun ini, dilewatkan dari bulan Ogos  kepada bulan Oktober 2020.”

Sehubungan dengan itu, pembayar cukai taksiran dalam kategori premis perniagaan dalam kawasan Majlis Daerah Kampar diberi kelonggaran bagi membayar cukai taksiran sehingga Oktober 2020.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kampar
.