MENU

Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah berjaya memperoleh penarafan lima (5)  bintang melalui Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) Tahun 2016 melalui inspektorat yang dijalankan pada 23 Mac 2016.

Penganugerahan ini sangat bermakna kepada MDKpr kerana tersenarai di antara  lapan (8) PBT di Negeri Perak yang mendapat penarafan lima (5) bintang. Sebanyak 41 PBT seluruh negara mendapat penarafan yang sama.

Anugerah telah disampaikan oleh  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh b. Haji Omar pada  satu majlis  yang telah berlangsung di Ipoh Convention Centre pada 14 Ogos 2017.

Pentadbiran MDKpr mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pegawai dan seluruh warga kerja MDKpr yang bertungkus lumus memastikan kecemerlangan MDKpr sehingga ke tahap ini.

Tahniah MDKpr!!