MENU

LAWATAN KERJA DIGITAL YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE NEGERI PERAK

Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Lawatan Kerja Digital ke Negeri Perak dalam usaha membangunkan Pelan Digital Perlis bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025 pada 22 dan 23 Julai 2020.

Delegasi tersebut telah mengadakan lawatan ke Gua Tempurung, Gopeng yang telah disertai oleh 10 orang wakil jabatan daripada Unit Perancang Negeri Perak, Tourism Perak dan Digital Perak.

Dalam lawatan tersebut, perkongsian ilmiah juga telah diberikan berkaitan pengurusan Gua Tempurung sebagai eko pelancongan.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Khairul Anwar bin Ramli, Pegawai Daerah Kampar bersama Tuan Abdul Halim bin Saad, AMP, Yang Dipertua MDKpr serta semua Ketua Jabatan MDKpr.

Lihat gambar DISINI