MENU

Dimaklumkan sebagai langkah pencegahan dan kawalan wabak Covid-19, taman-taman rekreasi dan padang rekreasi di Daerah Kampar ditutup kepada awam. Sebarang aktiviti-aktiviti berkumpul (senaman, Tai Chi, dan seumpamanya), serta rekreasi ringan melibatkan aktiviti berjogging, menggunakan alatan permainan dan riadah tidak dibenarkan. Larangan ini adalah sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:-

i-    Dataran Muhibbah (Hadapan Kedai Desa), Kampar
ii-    Taman Muhibbah (Taman Jepun), Kampar
iii-    Taman Rekreasi Kampar, Kampar
iv-    Kawasan rekreasi bersebelahan Padang MDKpr, Kampar
v-    Taman Rekreasi Kinta (Tasik), Gopeng
vi-    Bulatan Rafflesia, Gopeng
vii - Gua Tempurung

Kerjasama para pengunjung amat dihargai

NOTIS TAMAN