MENU

Untuk makluman pada masa ini didapati bilangan pengunjung di Pasar Awam Kampar semakin meningkat selepas menerima gaji bulanan. Pihak Majlis terpaksa menghadkan bilangan pengunjung yang berada di dalam pasar awam bagi satu-satu masa untuk memastikan penularan wabak Covid 19 dapat disekat. Oleh itu pihak Majlis amat berharap agar semua pengunjung sentiasa bersabar dan mengamalkan kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang telah ditetapkan semasa berada di kawasan pasar awam supaya usaha yang dilaksanakan sebelum ini tidak sia-sia begitu saja. Pihak Majlis juga menyarankan agar pengunjung dapat membeli stok bekalan makanan untuk tempoh tertentu.

#bersamamenyekatpenularanCovid19   
#kerjasamaandaamatdiperlukan

 psr1  psr2

 psr3  psr4