MENU

Majlis Daerah Kampar meneruskan kecemerlangannya pada tahun 2017 apabila telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 dengan Pencapaian Cemerlang                       (5 Bintang). Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin  Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dalam satu majlis yang diadakan pada 17 Julai 2017 bertempat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri.

            Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan ini telah berlangsung pada 28 dan 29 September 2016 yang lalu dan melibatkan 185 jabatan/agensi Persekutuan, Negeri dan PBT di seluruh Malaysia. Sebanyak 10 agensi di Negeri Perak terlibat dalam inspektorat ini dan MDKpr merupakan satu-satunya PBT bertaraf Majlis Daerah yang menerima anugerah ini.

            Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta anggota yang terlibat dan semoga kecemerlangan ini berjaya dikekalkan.