Ruang Pekerja Pejabat MDKpr
Tiga (3) Objektif Strategik Utama dikenal pasti bagi membantu MDKpr melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani cabaran-cabaran yang berbangkit dalam merealisasikan VISI dan MISI yang ditetapkan.
OS 1 - Memperkasakan keupayaan dan kapasiti tadbir urus Majlis bagi meningkatkan tahap kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan
- Memantapkan pembangunan organisasi
- Memperkasakan tadbir urus MDKpr
- Memantapkan sumber hasil MDKpr
OS 2 - Menyediakan prasarana dengan kualiti penyelenggara yang memenuhi kehendak masyarakat bagi mempertingkatkan kualiti hidup komuniti
- Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur awam
- Memperkukuhkan pengurusan dan penyelenggaraan aset fasiliti awam
OS 3 - Memantapkan kolaborasi strategik bagi memudahkan dan melancarkan pembangunan
- Memantapkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan
- Memperkukuhkan Jalinan dan Penyertaan Komuniti dalam aktiviti dan Program Majlis
- Memperkasakan Imej Majlis