MENU

VISI

Menjadi Peneraju kearah Kawasan Perbandaran Kampar yang Progresif dan Sejahtera Menjelang Tahun 2020
 

MISI

Melaksanakan dan Mengawal Selia Pembangunan Daerah Kampar bagi Mewujudkan Persekitaran yang Sejahtera dan Mampan Melalui Penyampaian Perkhidmatan Perbandaran yang Inovatif, Cepat, Tepat dan Berintegriti

 

MOTO

Maju dan Membangun

 

NILAI BERSAMA

Warga MDKpr komited dalam mengamalkan 5 prinsip nilai bersama ke arah mencapai Visi dan Misi yang ditetapkan.

1. AMANAH
Menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.

2. KERJA BERPASUKAN
Menyemai semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat setia kawan dan muafakat tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.

3. AKAUNTABILITI
Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti di dalam segala tindakan dan kelakuan.

4. BERDISIPLIN
Sentiasa mengawal diri dan perilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai-nilai murni. Melaksanakan tanggungjawab dengan tekun dan taat tanpa penyeliaan yang rapi dan sentiasa menjaga imej diri, organisasi, perkhidmatan dan negara di kaca mata masyarakat.

5. BIJAKSANA
Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi. Membuat pertimbangan dalam sesuatu tindakan serta membuat keputusan yang rasional berdasarkan fakta tertentu dengan mengambil kira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara.