MENU


Bangunan
Majlis Daerah Kampar

 

LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH KAMPAR

Majlis Daerah Kampar (dahulunya Majlis Daerah Kinta Selatan) telah ditubuhkan pada 1.12.1979 apabila berkuatkuasanya Warta Kerajaan Pk.PU 11 bertarikh 24.03.1981.  Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Bandaran iaitu cantuman di antara  sebuah Lembaga Bandaran (Kampar) dan tiga buah Majlis Tempatan iaitu Gopeng, Jeram dan Malim Nawar.

Nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar kepada Majlis Daerah Kampar dengan singkatan MDKpr yang telah diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403 bertarikh 25 Februari 2009.Penukaran ini adalah selaras dengan pengwujudan daerah baru iaitu Daerah Kampar hasil dari pecahan daerah kecil Gopeng dan Kampar daripada daerah Kinta.Perisytiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587 dan No.588 bertarikh 23.04.2009.

    Keluasan asal pentadbiran Majlis Daerah Kampar ialah kira-kira 10,877.994 hektar (108.779km persegi) berdasarkan Pelan Warta P.W 567.Ianya terdiri daripada 2,337 hektar (23.37km persegi) yang merupakan kawasan operasi dengan tumpuan di kawasan pusat-pusat petempatan.Manakala kawasan selebihnya iaitu seluas 8,540.994 hektar (108,755.630km persegi) adalah di bawah kawasan kawalan.

    Majlis Daerah Kampar telah mewartakan peluasan kawasan di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976 Akta 171, Sub Seksyen 4(3) dengan No. Warta 3114, bertarikh 8 Oktober 2015 melalui Warta Kerajaan Negeri Perak yang diterbitkan pada 5 November 2015 sepertimana Pelan Warta P.W 2131 dan P.W 4171).  Dengan itu, keluasan keseluruhan Majlis Daerah Kampar yang meliputi keseluruhan Mukim Kampar, Teja dan sebahagian Mukim Sg. Raia, Daerah Kinta dan sebahagian Mukim Chenderiang, Daerah Batang Padang adalah seluas 67,692.011 hektar         (676.919km persegi).
    
    Kawasan Majlis Daerah Kampar terletak bersempadanan dengan Negeri Pahang (Timur), Daerah Kinta (Utara dan Barat) dan Daerah Batang Padang (Selatan).Bandar utama bagi Majlis Daerah Kampar ialah Bandar Kampar yang merupakan sebuah Bandar di tepi jalan Persekutuan Ipoh – Kuala Lumpur.Lebuhraya Utara Selatan turut melintasi kawasan ini dengan susur keluarnya ialah Plaza Tol Gopeng.Ia turut dilengkapi dengan kemudahan landasan keretapi yang mengunjur dari Utara ke Selatan dengan stesennya berada 

 
 

Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh
Almarhum  DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan