MENU

Cassia Biflora Sebagai Bunga Rasmi Majlis Daerah Kampar

                                   

Penanaman pokok hiasan merupakan salah satu tugas kepada pihak berkuasa tempatan di negara kita Malaysia. Bagi setiap pihak berkuasa, terdapat genus dan spesis pokok tertentu, bunganya dijadikan sebagai bunga rasmi bagi melambangkan identiti pihak berkuasa tempatan berkenaan. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh beridentitikan bunga kertas (Boungainvillea sp.) dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya pula beridentitikan bunga Inai Merah (Lagerstroemia indica).

Cassia biflora ataupun dikenali dengan nama tempatan sebagai Gelenggang ataupun Bushy Cassia merupakan bunga rasmi kepada Majlis Daerah Kampar. Bunga ini dapat dikenali dengan bunganya yang berwarna kuning. Daunnya pula berwarna hijau tua. Pembungaan pada sesuatu masa adalah banyak. Ketinggian pokok boleh melebihi 1.5 meter bagi tanah yang berkeadaan baik. Faktor cahaya matahari mempengaruhi kadar pembungaan.