MENU

Asalammualaikum W.B.T….
 
Syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya laman web Majlis Daerah Kampar (MDKampar)  telah berjaya diterbitkan untuk faedah bersama. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan keupayaan teknologi maklumat di jabatan kerajaan, laman web MDKampar merupakan salah satu dari wadah yang boleh dijadikan penghubung antara Majlis Daerah Kampar dengan dunia luar melalui rangkaian internet.
 
Dengan kepesatan pembangunan daerah, laman web MDKampar tentunya merupakan sumber maklumat yang boleh dimanfaatkan dengan kehendak semasa mengenai perancangan dan pembangunan di daerah Kinta Selatan (Kampar dan Gopeng) amnya dan di Majlis Daerah Kampar khususnya.
 
MDKampar sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki sistem pengurusan dan memacu pembangunan di kawasan daerah Kampar dalam usaha untuk mewujudkan kawasan bandar yang maju, selesa, selamat dan harmoni.
 
Bagi pihak MDKampar, saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan teguran yang membina daripada pelanggan yang dihormati serta bersedia menerima idea dan pandangan demi menambahbaikkan laman web ini. Begitu juga kami membuka ruang kepada anda semua untuk menyumbangkan idea dan buah fikiran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami warga MDKampar demi untuk kesejahteraan kita semua khususnya warga daerah Kampar.
 
Saya serta warga kerja MDKampar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web kami. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda semua mengikut apa yang termampu kami lakukan.
 
Sekian, terima kasih
 
Ke arah Kampar yang maju dan membangun tahun 2020

 

Ikhlas daripada,

Khairul Amir bin Mohamad Zubir, AMP.

YDP,

Majlis Daerah Kampar.