MENU

               1.        Pendahuluan

Majlis Daerah Kampar terkenal dengan Projek Kompos KitaQ yang merupakan satu cara kitar semula di bawah Pelan Tindakan Pengurangn Sisa Pepejal 2005. Justeru, program ini merupakan satu projek di bawah Inisiatif Kejiranan Hijau yang merupakan kesinambungan meningkatkan tahap kesedaran penduduk terhadap kepentingan amalan program hijau lestari seperti amalan pengkomposan sisa makanan dan amalan 3R.

Program ini merupakan program susulan daripada Program Komuniti Hijau Lestari – Bumi Hijau pada tahun 2014.

 

2.        Objektif

2.1     Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan dan   amalan hijau lestari demi menjaga kebersihan dan kehijauan persekitarannya.

2.2     Mengujudkan persekitaran yang bersih, selesa, ceria serta mengamalkan pengkomposan sisa makanan.

2.3     Mendedahkan masyarakat dengan kaedah bercucuk tanam dan menyediakan lanskap berkonsep ”edible landscape” di persekitaran tempat kediaman ke arah Bumi Hijau Lestari.

2.4     Mendidik masyarakat Kampar bagi meningkatkan kadar kitar semula ke 22% menjelang 2020.

 

3.         Agensi / Jabatan / Badan / Persatuan terlibat

                            3.1       Jawatankuasa LA 21

                            3.2       Semua Ahli Majlis (Area Officer) dan Ahli MMS

                            3.3       Wakil Kerajaan, NGO, Swasta dan komuniti RPT Batu Putih          

                            3.4       Institusi pendidikan ( sekolah menengah & sekolah rendah)

 

4.         Ringkasan Program :

Program ini telah dijalankan pada 22 Sept. 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai, RPT Batu Putih, Kampar.

 

5.        Gambar – gambar sekitar Program Komuniti Hijau Lestari – Bumi Hijau anjuran MMS MDKpr pada 22 Sept. 2015 di RPT Batu Putih, Kampar

                

7.        Gambar – gambar sekitar Program Kebun Kejiranan Peringkat Majlis Daerah Kampar pada 26 Ogos 2016 di Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar.

 

                  

                                                         SEBELUM

 

                 

                                                 SELEPAS