MENU

 

Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-29 dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2016

Projek I-Sign CSR; Pengurusan Papan Tanda Bersepadu Secara Tanggungjawab Sosial Korporat oleh MDKpr telah berjaya menjadi Naib Johan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Negeri Perak Tahun 2016 pada Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-29 dan Sambutan HARI Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak 2016 yang telah berlangsung pada 10 November 2016. Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Jade yang telah mengharumkan nama MDKpr melalui kejayaan ini.

 

Sessi Pembentangan Laporan Bagi Penyertaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Majlis Daerah Kampar telah menyertai Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tercalon dalam senarai 15 Akhir bagi Sessi Pembentangan Laporan Penyertaan AIPBT 2016 yang telah diadakan pada 25 April 2016 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Aquamarine, Aras 29, KPKT. Projek yang disertai oleh MDKpr pada tahun ini adalah Penambahbaikan Pengurusan Billboard : Proses Permohonan Billboard yang Berkonsepkan Pusat Setempat (iMoB) daripada Kumpulan Perintis.