MENU

Hari Terbuka MDKpr dengan tema "PBT Di Hati Rakyat" telah diadakan pada 31 Mei 2016. Ianya dirasmikan oleh Yang Berbahagi a Dato' Latipah Binti Sehibi, Pegawai Daerah Kampar. Hampir 500 orang pengunjung telah hadir dan memeriahkan program Hari Terbuka tersebut. Program ini merangkumi beberapa elemen seperti berikut :

1.  Pameran Pelan Transformasi PBT dengan Tema "PBT Di Hati Rakyat"

Pelan Transformasi PBT merupakan agenda terbaru Program Transformasi Kerajaan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Enam (6) Teras Pelan Transformasi Kebangsaan ialah seperti berikut : Pembangunan Modal Insan, Kecekapan Perkhidmatan, Pengukuhan Kewangan, Kesejahteraan Rakyat, Penglibatan Rakyat & Komunikasi Berkesan.

Pameran Pelan Transformasi PBT telah berlangsung di lobi Kompleks Pentadbiran MDKpr. 200 pengunjung pertama yang mengisi borang maklumbalas telah menerima hadiah istimewa berasaskan Kempen Pengurangan Polistirena di bawah Inisiatif Kejiranan Hijau MDKpr.

 

2.  Majlis Penutup Kempen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MDKpr Tahun 2016

MDKpr merupakan PBT yang mempunyai Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang aktif dan diperakui dengan menerima Anugerah Cemerlang Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 Kategori Sektor Awam / PBT  pada bulan November 2015. Pengiktirafan ini telah menjadikan MDKpr sebagai sebuah agensi penanda aras dan satu lawatan telah diterima daripada Jabatan Pertanian Putrajaya pada Hari Terbuka tersebut.

Selanjutnya, Majlis Penutupan Kempen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MDKpr Tahun 2016 telah diadakan bersama dengan Perhimpunan Anggota Bil.5/2016 pada jam 2.30 petang. Majlis Perasmian Penutupan Kempen ini telah disempurnakan oleh Puan Hanisah Bt Ahmad, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknik) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak.

 

3.  Pelancaran Kempen Sekilo Budi Siri Kelima

Pada Hari Terbuka ini juga dilancarkan Kempen Sekilo Budi Siri Kelima. Kempen yang diurusetia di bawah Majlis Masyarakat Sivil (MMS) melalui platform Local Agenda 21 MDKpr ini dilaksanakan dengan memberi satu beg  kepada para peserta dan kemudiannya dikembalikan semula oleh mereka yang pemurah dengan berat minima sekilogram bahan makanan halal yang tahan lama. Semua sumbangan tersebut akan dikumpulkan, diselaraskan dan seterusnya diagihkan semula kepada penerima yang dikenalpasti.

 

4.  Eksplorasi MDKpr

Para pengunjung Hari Terbuka MDKpr  berpeluang untuk mendekati dengan lebih dekat 4 lokasi yang dikenalpasti sebagai identiti unik MDKpr iaitu  Dapur Sekilo Budi, Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH), Bangunan RNU (Kitar Semula & Kompos) dan Tandas Awam Kompleks Pentadbiran MDKpr  yang telah berjaya memenangi Pingat Perak Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015.

 

5.  Pengisian-pengisian lain:

  5.1  Tai Chi  bersama Rakan Taman MDKpr daripada Taman Rekreasi Kampar

  5.2  Pameran daripada MDKpr (inovasi dan perkongsian pencapaian) dan daripada agensi lain seperti  PDRM, Bomba, JPAM, Kesihatan, LPPKN, MAIPk, JKKP, Telekom, PBSM dan agensi swasta.

  5.3  Penjenamaan semula kenderaan kitar semula dan mural

  5.4  Program bersama Port Koloni Karyawan Aman Jaya melibatkan Ngdawiyah Gesture Drawwing Team Karikatur dan Buskers

  5.5  Pertandingan Karaoke Idola Transformasi dan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak

  5.6  Tawaran hebat potongan 50% Kompaun Letak Kereta sahaja

Setinggi penghargaan Terima Kasih kepada yang telah menjayakan Hari Terbuka MDKpr 2016.