MENU

PEGAWAI AKRAB MD KAMPAR

BIL

NAMA

JAWATAN

NO. AHLI AKRAB

NO. TELEFON

1

PUAN MAZWIN BINTI MOHAMED NOOR

Pegawai Perancang Bandar & Desa (OSC)

A6071610

Pej  : 05-4671016

H/P : 019-6698017

2

PUAN HAMISHAH BINTI AHAMED

Penolong Pegawai Undang-Undang

A11041515

Pej  : 05-4671043

H/P : 013-5182210

3

ENCIK MIOR AHMAD TAHA BIN TAJRI

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

A11042015

Pej  : 05-4671047

H/P : 019-5117808

4

PUAN RAHIMAH BINTI RAHIM, PPT

Penolong Pegawai Tadbir

A11043515

Pej  : 05-4671015

H/P : 017-5715827

5

PUAN KHUMAIZAH BINTI AZIZ

Pembantu Tadbir Kanan (Korporat)

A 9152113

Pej  : 05-4671013

H/P : 012-5406130

KONSEP AKRAB

Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

OBJEKTIF PROGRAM AKRAB

AKRAB dalam perkhidmatan awam merupakan pembentukan kelompok sokongan atau perantara yang terlatih dan bertauliah antara ahli AKRAB dengan rakan sekerja dan pegawai psikologi atau pegawai sumber manusia di kementerian atau jabatan. Objektif utama pelaksanaan ialah untuk membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.

PERANAN AKRAB

Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah :

a. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
b. Memberi sokongan kepada perubahan
c. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam
d. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan
e. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya
f. Menggalakkan budaya kerja berpasukan
g. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati

SKOP AKRAB

Skop AKRAB dalam perkhidmatan awam berfokus kepada peningkatan kompetensi seperti berikut :
a. Kompetensi Peribadi menggambarkan bagaimana mengurus diri sendiri, sama ada menerima atau menghargai diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi dan motivasi berkesan.
b. Kompetensi Sosial merujuk tentang bagaimana menguruskan perhubungan melalui interaksi sosial. Proses sosial ini mengandungi elemen empati iaitu kesedaran mengenai perasaan, keperluan dan keprihatinan orang lain. Kemahiran bersosial iaitu kebolehan berhubung dan bekerjasama dengan orang lain
c. Kompetensi Budaya merujuk tentang bagaimana menguruskan perubahan organisasi yang mengandungi elemen kesedaran tentang budaya organisasi lain (enlightment) serta pengurusan budaya kerja organisasi.
d. Kompetensi Profesional merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli AKRAB semasa memberi latihan atau bimbingan. Kecekapan menggunakan kaedah dan pendekatan yang profesional dan mencari jalan penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapi oleh rakan sekerja.