Jabatan Kejuruteraan
Majlis Daerah Kampar
| | Pembantu Jurutera Kanan W36 Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar Perak Tel: - Hp: -
|
Objektif Bahagian/Unit
1.1. Merancang projek-projek pembinaan jalan, longkang, gerai-gerai, pasar, pondok bas dan lain-lain untuk keperluan masyarakat setempat.
1.2. Melaksanakan pembinaan projek-projek tersebut dengan berpandukan peruntukan Majlis, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
1.3. Mendapatkan maklumat-maklumat tentang kerosakan longkang, jalan, papan tanda, bangunan dan lain-lain harta Majlis yang memerlukan pembaikan.
1.4. Melaksanakan pembaikan/penyelenggaraan secara;
a. Jabatan
b. Melantik Kontraktor
1.5. Membuat pesanan bahan-bahan binaan seperti batu-bata, simen, instant tarmac dan lain-lain untuk kegunaan di dalam pembaikan.
1.6. Berhubung dengan TNB, LAP, Telekom dan lain-lain jabatan teknikal di dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan jabatan-jabatan tersebut.
1.7. Memberi khidmat kemasyarakatan seperti bantuan bahan-bahan binaan, alat, mesin dan lain-lain untuk tujuan kerja secara gotong royong dan sebagainya.
1.8. Mendapatkan kutipan hasil Majlis dari segi mengenakan yuran-yuran tertentu, mengenakan denda kerana kesalahan atau kompaun kerana tidak mematuhi akta dan sebagainya.
1.9. Membelanjakan peruntukan-peruntukan projek dari Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Majlis.
1.10. Membelanjakan peruntukan-peruntukan penyelenggaraan yang disalurkan kepada Majlis.
Fungsi Dan Peranan Jabatan
2.1 Menyelenggara harta milik Majlis iaitu bangunan-bangunan pasar/gerai/pejabat/rumah kedai, jalan parit/longkang, jambatan dan lain-lain.
2.2. Melaksanakan pembinaan projek-projek pembangunan dan infrastruktur di dalam kawasan Majlis.
2.3. Mendapatkan hasil Majlis dari segi kawalan projek/selenggaraan iaitu dari segi bayaran fee, jualan borang-borang dan sebagainya.
2.4. Mengendalikan aduan awam yang berkaitan.
2.5. Mengendalikan perolehan Kerajaan dari segi panggilan tender/ sebutharga/pemberian terus dan sebagainya.
2.6. Membantu jabatan-jabatan/bahagian/unit-unit lain di dalam Majlis yang berkaitan di dalam bidang-bidang Kejuruteraan seperti memberi ulasan kepada urusetia OSC, peranggaran kos dan sebagainya.
Aktiviti
3.1 Memproses perancangan dan perlaksanaan projek pembangunan dan infrastruktur.
3.2 Memproses tawaran terus untuk kerja-kerja kecemasan / khas.
3.3 Memproses pendaftaran kontraktor / pembekal.
3.4 Memproses tawaran sebutharga.
3.5 Memproses tawaran tender.
3.6 Memproses penyediaan bayaran.
3.7 Memproses perlantikan perunding / arkitek.
3.8 Menyelenggara harta Majlis.
3.9 Menyelenggara kemudahan jalanraya biasa.
3.10 Memproses mengembalikan wang deposit.