Jabatan Perbendaharaan
Majlis Daerah Kampar
 | Nurlida Bt Mokhtar Penolong Akauntan Kanan W32 Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar Perak Tel: 05-4671021 HP: 019-5705409 nurlida@mdkampar.gov.my |
Latar belakangJabatan Kewangan,Akaun dan Sistem Maklumat bertanggungjawab terhadap segala urusan kewangan dan perakaunan Majlis. Jabatan Kewangan adalah merupakan pusat dana Majlis. Ia merupakan sumber perolehan segala hasil-hasil Majlis bagi menggerakkan segala perbelanjaan dan projek-projek yang telah dirancang.
Objektif- Bertanggungjawab memastikan segala hasil dan penerimaan direkodkan dan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan serta Surat Pekeliling Perbendaharaan.
- Mengawal perbelanjaan supaya ianya mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan.
Fungsi-fungsi:
- Menguruskan penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan
- Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran, sewaan, lesen dan pelbagai bayaran
- Menguruskan pembelian, pembayaran, pinjaman dan hal-hal pelaburan
- Menguruskan kutipan hasil Majlis di Ibu Pejabat Kampar dan Gopeng
- Menyimpan rekod-rekod perakaunan untuk tujuan pengauditan
- Menyediakan penyata kewangan tahunan
- Mengutip hasil-hasil dan tunggakan hasil
- Melaksanakan Sistem Perakaunan Bersepadu Berkomputer PihakBerkuasa Tempatan (SPBT) secara keseluruhan.