MENU

PENGENALAN
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dipecahkan kepada 4 unit iaitu :

i. Unit Penilaian
1.  Bahagian ini menjalankan kerja kerja bagi maksud cukai taksiran dan sumbangan membantu kadar
     untuk bangunan bangunan dalam kawasan Majlis Daerah Kampar

2.  Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam urusan bagi pulangan balik cukai mengemaskini rekod
     pemilik di fail dan sistem membuat proses pindahmilik proses bagi bayaran ansuran taksiran
     mengumpul maklumat harta menjalankan proses pendengaran bantahan cukai taksiran dan siasatan
     bagi harta bermasalah dalam konteks cukai taksiran

3.  Bahagian ini turut menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran 8 kali dijalankan 
     dalam tahun 2019
4.  Bagi tahun 2019 jabatan telah menjana pendapatan sebanyak RM 12 610 00 daripada proses pindahmilik
     bayaran proses permohonan gerai dan proses carian rasmi cukai taksiran

 

ii.  Unit Tunggakan Hasil Penilaian Semula
1.  Unit ini bertanggungjawab bagi mengurus serta mengawal tunggakan hasil majlis terutama tunggakan
     cukai taksiran

2.  Unit ini juga perlu menyediakan draf perancangan bagi melaksanakan kerja kerja penilaian semula
     merangkumi kajian sewaan dan kerja ukur periksa di mana pelaksanaan penilaian semula tertakluk
     kepada arahan dan keputusan kerajaan negeri

3.  Antara peranan utama unit ini adalah
         3.1  Memantau dan mengawal tunggakan
         3.2  Turun padang ( setiap minggu ke premis premis tertunggak
         3.3  Urusetia Mesyuarat Tunggakan Hasil (sasaran 4 kali setahun dan telah melaksanakan 4
                mesyuarat dalam 2019
4. Da
lam tahun 2019 sebanyak 1 589 pegangan telah dilawat periksa melalui 48 operasi turun padang
   (TURPA).

 

iii.  Unit Pengurusan Harta dan Rumah Rehat Kampar
     Unit ini bertanggungjawab bagi menguruskan harta sewaan Majlis seperti gerai, pasar dan rumah kedai,
     menguruskan bekalan air bagi harta sewa dan bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut
     peruntukan undang undang kecil Majlis bagi harta sewaan yang tertunggak bagi penyewa yang
     melanggar syarat syarat perjanjian sewa Bahagian ini juga bertanggungjawab menjadi urusetia bagi
     proses temuduga untuk pemilihan penyewa harta sewaan.
 

iv. Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
1.  Unit ini melaksanakan tugas sebagai Pesuruhjaya Bangunan dengan menggunakan peruntukan Akta
     Pengurusan Strata 2013 (Akta 757 dan juga Peraturan peraturan Pengurusan Strata 2016 di skim
     pemajuan berstrata
2.  Skop kerja dan tugas Unit Pesuruhjaya Bangunan adalah membuat pemantauan bagi pemfailan jadual
     petak, Notis Serahan Pemilikan kosong, Notis menentukan jumlah deposit untuk membaiki kecacatan
     harta bersama, penubuhan Badan Pengurusan, Mesyuarat Agung Tahunan, audit kewangan tahunan
     Badan Pengurusan, aduan pemilik petak, memberi khidmat nasihat, mengumpul maklumat dan
     menyimpan maklumat berkaitan skim pemajuan berstrata serta pemajuan di dalam kebenaran 
     merancang
3.  Skim pemajuan berstrata di kawasan PBT Majlis Daerah Kampar mempunyai 30 skim berjumlah 8 113
     petak Kebenaran Merancang untuk masa akan datang dijangka meningkat dengan 7 skim pemajuan
     berjumlah 6 205 petak.