FUNGSI
Merangkumi Pengurusan Kakitangan, Rekod dan Pasca Perkhidmatan.
1. Pengurusan Kakitangan
Mengurus pelantikan dan penempatan kakitangan. Seksyen ini juga menguruskan perkhidmatan yang
melibatkan permohonan peletakan jawatan, kebenaran lawatan ke luar negara. Urusan tanggung kerja dan
lain-lain. Seksyen ini juga menyemak dan menerima pakai pekeliling dan arahan-arahan jabatan, menguruskan
pembiayaan perubatan, urusan cuti dan urusan menduduki rumah kerajaan. Ia juga menguruskan kakitangan
yang telah memenuhi syarat pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen.
Perlanjutan tempoh percubaan dan lain-lain tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan.
2. Pengurusan Rekod
Menguruskan buku rekod perkhidmatan iaitu Buku Am 274 ianya merekodkan maklumat peribadi,
perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam. Urusan rekod fail peribadi dan fail-fail sulit.
3. Pengurusan Persaraan
Menguruskan persaraan semua anggota. Memproses dokumen pencen persaraan untuk anggota yang bersara
wajib, bersara pilihan sendiri, pencen terbitan (meninggal) dan persaraan atas sebab kesihatan. Dokumen
persaraan bagi anggota yang bersara wajib akan diproses empat bulan sebelum bersara.
4. Pengurusan Tatatertib
Pengurusan Tatatertib adalah satu komitmen kerajaan untuk memastikan semua kakitangan kerajaan
mematuhi semua peraturan dan prosedur serta tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Kaedah-
Kaedah Pegawai Awam (Majlis Daerah Kampar) (Kelakuan dan Tatatertib) 2014. Pelan Perancangan Pengurusan
Tatatertib menetapkan Lembaga Tatatertib akan bersidang sebanyak 4 kali setahun bagi membuat keputusan
mengenai salahlaku pegawai dan kakitangan.
5. Pengurusan Kenaikan pangkat.
Pemberian kenaikan pangkat kepada pegawai dan kakitangan adalah sebagai suatu motivasi kepada pegawai
dan kakitangan supaya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
6. Pengurusan Perisytiharan Harta
Majlis Daerah Kampar menetapkan bahawa semua pegawai dan kakitangan dikehendaki mengisytiharkan
secara bertulis segala harta yang dimiliki sama ada oleh dirinya, suami atau isteri, anak atau yang dipegang oleh
mana-mana orang bagi pihak dirinya atau bagi pihak isteri atau suami atau anaknya dalam tempoh lima tahun
sekali. Semakan akan dibuat dari masa ke masa.
7. Pengurusan Perjawatan
Penstrukturan semula perjawatan adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi.
Pengstrukturan semula ini bergantung kepada kelulusan JPA. Peranan unit ini adalah untuk mengkaji dan
seterusnya mengemukakan kelulusan daripada JPA. Keperluan untuk penyusunan semula organisasi bergantung
kepada :
• Keputusan kerajaan;
• Perubahan objektif organisasi;
• Pertambahan/pengurangan fungsi dan tanggungjawab organisasi;
• Pertambahan/pengurangan program atau aktiviti;
• Perpindahan program atau aktiviti ke luar/dalam organisasi; dan
• Pertambahan/pengurangan beban/kompleksiti tugas.
8. Pengurusan HRMIS
HRMIS adalah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan
berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai
(Competency Owner) sehingga pegawai bersara. Objektifnya membolehkan perancangan tenaga kerja dan
penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap.
Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia.
9. Pengurusan Latihan
Memastikan keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam tercapai iaitu menyediakan keperluan
latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun bagi lebih 200 pegawai dan kakitangan MDKpr. Bertanggungjawab
bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberi penekanan secara berterusan terhadap pembangunan modal
insan dan meningkatkan kompetensi kakitangan sektor awam dicapai sepenuhnya. Merancang, mengatur dan
menguruskan kursus, bengkel, seminar yang dianjurkan sendiri secara dalaman dan menggalakkan pegawai
dan kakitangan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi.