You are here

PPKB

LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI DI MAJLIS DAERAH KAMPAR : BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF DI BANDAR BAGI PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

Majlis Daerah Kampar telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) bagi Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar Fasa 1 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang telah diadakan pada 16 Mei 2016 jam 10.00 pagi. Tetamu kehormat yang turut bersama adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu iaitu, YB. Dato' Dr. Mah Hang Soon bersama Tuan Yang Dipertua MDKpr, En. Khairul Amir bin Mohamad Zubir, AMP. Di samping itu, MDKpr juga telah menjemput Ahli Majlis MDKpr, Ahli MMS MDKpr, dan Pengerusi JPP Zon 8, serta beberapa Pegawai MDKpr untuk tujuan tersebut. Program ini telah melibatkan seorang peserta yang berdaftar dalam e-Kasih bagi bantuan baik pulih rumah yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Adalah diharapkan dengan  penerimaan bantuan ini, ianya diharapkan dapat mengurangkan bebanan kepada KIR tersebut