MENU

LAWATAN PENANDA ARASAN BIL 4/2016

Pada 10 Mac 2016, Majlis Daerah Kampar telah menerima lawatan penanda arasan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Delegasi  DBKL  diketuai oleh Timbalan Pengetua, Institut DBKL merangkap Urusetia Penyelaras Bandaraya Bersih & Indah LA21 iaitu Encik Khairul Anuar Bin Mhd. Juri.

Lawatan bertujuan untuk perkongsian inisiatif program _Local Agenda 21_ Majlis Daerah Kampar seperti berikut ;

i. Pengkomposan Sisa Makanan

ii. Kempen Sekilo Budi

Semoga dengan lawatan penanda arasan ini kedua-dua pihak dapat berkongsi  ilmu disamping mengeratkan tali silaturrahim di antara kedua-dua pihak.

 

                              

 

LAWATAN PENANDA ARASAN BIL 3/2016

Pada 5 April 2016, MD Kampar telah menerima lawatan penanda arasan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan 'Improvement In Management Of Billboard (iMoB)'. Rombongan MBI terdiri daripada 15 orang yang diketuai oleh En Ahmad Zaiyadi Bin Sudin, Pmg. Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasaan manakala rombongan MPM terdiri daripada 8 orang diketuai oleh Tn. Hj. Rosli Bin Hashim, Jurutera Majlis Perbandaran Manjung. Semoga dengan lawatan penanda arasan ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi ilmu disamping mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin  

      

LAWATAN PENANDA ARASAN BIL 2/2016

Pada 24 Mac 2016, Majlis Daerah Kampar telah menerima lawatan penanda arasan dari Majlis Daerah Tapah. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam melakukan persediaan menghadapi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2016.

Delegasi MD Tapah seramai 18 orang diketui oleh Tuan Setiausaha; Tn Hj Muhamad Sahlan Bin Husnin, AMP. Semoga dengan lawatan penanda arasan ini kedua-dua pihak dapat berkongsi  ilmu disamping mengeratkan lagi silaturrahim yang telah sedia terjalin.

  

LAWATAN PENANDA ARASAN BIL 1/2016

Pada 17 Februari 2016, Majlis telah menerima lawatan penanda aras dari Majlis Perbandaran Majung, Majlis Daerah Tapah dan Majlis Daerah Batu Gajah untuk sesi perkongsian ilmu mengenai Akta Pelaksanaan Pengurusan Strata 2013, Peraturan-peraturan Pengurusan Strata 2015 dan Standard Operating Procedure (SOP) Majlis Daerah Kampar. Seramai 9 orang pegawai COB telah menghadiri lawatan ini. Selain berkongsi ilmu, ianya dapat mengeratkan silaturrahim antara Pihak Berkuasa Tempatan.