MENU

Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kampar bersama dengan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah melaksanakan operasi bersepadu Pematuhan  Prosedur Operasi Standard ( SOP) bagi memantau orang ramai di sekitar Daerah Kampar mematuhi SOP pada 2 Februari 2021.

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Tuan Hasron Nazri Hashim, Yang Dipertua MDKpr Tuan Abdul Halim Saad, Setiausaha MDKpr Puan Siti Azura Haji Juki dan membabitkan hampir 30 orang anggota dari kedua-dua jabatan.

Sebanyak 19 buah premis telah diperiksa di mana 9 kompaun telah dikeluarkan kepada   premis perniagaan dan pekerja yang tidak mematuhi SOP seperti yang ditetapkan dalam  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

#kitajagakita
#kitamestimenang

operasi PKP