MENU

Tarikh : 17/9/2020 ( Khamis )
Tempat : Sekitar Tempat Pelancongan di Daerah Kampar
Penglibatan : Unit Perhubungan Korporat dan Hal Ehwal Komuniti MDKpr,
Kelab Sukan MDKpr dan Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG

Lawatan ini adalah bertujuan bagi mempromosi Festival Layang - layang Sedunia di Pasir Gudang anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang ke Negeri Perak. Majlis Daerah Kampar dipilih sebagai destinasi di PBT Negeri Perak bagi pertukaran idea dalam skop pelancongan bersesuaian dengan program Moh Kenei Perak bagi promosi pelancongan di Daerah Kampar kepada PBT luar. Sebanyak 16 buah motorsikal berkuasa tinggi terlibat dalam konvoi ini. Mereka telah dibawa ke Gua Tempurung, Ladang Teh Gaharu dan Disney Avenue Agacia Land. Destinasi terakhir adalah di Retoran Iqa Corner Nasi Vanggey untuk menikmati juadah makan tengahari.

klik di SINI untuk lihat gambar