MENU

MENARA JAM KEMERDEKAAN

 

SEJARAH PEMBINAAN

Pada tahun 1960, Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh Jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Jam Kemerdekaan di Pekan Kampar.  Pembinaan menara jam tersebut telah siap dalam tempoh dua (2) bulan pada tahun 1961. Walau bagaimanapun, jam telah dipasang pada tahun 1962 dan menara jam tersebut telah dirasmi pada 10 Jun 1962 oleh Tuan Chee Heong Chee @ Chee Ng.JP,   Presiden MCA Kampar.

Lokasi:                         Persimpangan lampu isyarat Jalan Gopeng dan Jalan Stesen (sebelum masuk ke pusat  bandar Kampar). Berhampiran Ibu Pejabat Polis Kampar.

Rekabentuk:                Berbentuk segitiga yang mempunyai jam di setiap permukaannya.                                                

Kos pembinaan:          RM10,000.00

 

Peruntukan:                 Diterima daripada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Semua Komuniti

                                    Kampar dan kutipan sumbangan daripada penduduk setempat.

 

Penyelenggaraan:      Menjalani proses pemulihan dan memperindah tapak pada tahun

                                    2009.  Peletakan logo Majlis Daerah Kampar pada tahun 2015.

 

Sumber berita:            Encik Jacky Chew Seng Leong, Kurator Muzium Bijih Timah Kampar dan

                                    pengkisahan daripada penduduk setempat.

menara jam