img
Bahasa Melayu | English | Lain
datetime
Jumaat 18 Mei 2012
Sila Pilih Teks Anda : font plus font minus set semula Dengar Teks : Dengar Teks Hitam Biru Perang Set Semula    tema biru tema mdkampar tema gua tempurung tema sg salu

Air Terjun Batu Berangkai

Air Terjun Batu Berangkai merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia yang paling indah. Letaknya lebih kurang 2.5 km dari bandar Kampar. Dari jalan sebelah tepi Masjid Al Nur Kampar, anda akan melalui sekim Perumahan Taman Ros dan menikmati suasana perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi ini. Pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi disamping bermandi-manda, berkelah dan berkhemah sekeluarga di situ. Waktu senja adalah masa yang cantik sekali semasa sang suria mengundur diri. Bagi pengunjung yang "adventure", anda boleh mendaki Gunung Relau dari Air Terjun ini melalui trek tanah yang bersih. Anda akan sampai ke kemuncaknya setinggi 4075 kaki disamping menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam.